MARQUE

SELAMAT DATANG KE BLOG SEK KEB SEDELI BESAR, KOTA TINGGI, JOHOR

Kata Aluan Guru Besar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Syukur Alhamdulillah, dengan limpah dan rahmatNya kita dapat meneruskan kesinambungan usaha untuk menempuhi cabaran bagi meningkatkan mutu pendidikan dengan melahirkan murid-murid Sk Sedeli Besar yang berilmu, kreatif, berfikiran,kritis, berdaya saing, penyayang dan berakhlak mulia.
Komitmen serta budaya kerja yang positif, budaya kemesraan di antara warga SKSB merupakan sebahagian dari penentu kualiti pendidikan dan pencapaian akademik sekolah.
Justeru, marilah kita bersama-sama berganding bahu dan bersatu-padu, bermuafakat, meningkatkan iltizam dan jati diri yang kukuh untuk menjadikan diri kita obor kecemerlangan kepada sekolah kita serta menjadikan SKSB  sebagai institusi yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang sesuai dengan tema sekolah "Usaha,  Jaya".
Hala tuju yang jelas dan mudah difahami amat penting kepada sesuatu organisasi. Setiap anggotanya adalah bertanggung jawab memahami misi dan visi organisasi serta menterjemahkannya ke dalam bentuk-bentuk inisiatif bagi menyempurnakan tugas masing-masing. Kefahaman terhadap misi dan visi adalah kunci yang akan menjana usaha yang terarah dan bersepadu bagi merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan.
Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK Pembinaan Laman Web , kerana telah menghasilkan ”LAMAN PORTAL SK Sedeli Besar”. Penghasilan portal ini sudah pasti dapat memberi input yang jelas mengenai SK Sedeli Besar  kepada pengunjung Laman Portal SK Sedeli Besar.
Adalah penting Laman Portal ini dihasilkan dengan demi melahirkan insan cemerlang, selaras dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia ingin melaksanakan sekolah bestari dan membudayakan ICT di sekolah .
Akhir kata, saya berharap agar seluruh warga SK Sedeli Besar dapat mengunjungi laman portal ini dan menggunakannya dengan sebaik mungkin dan ucapan terima kasih kepada semua pengunjung yang akan mengunjung laman portal SK Sedeli Besar.
Sekian,
"Berkhidmat Untuk Negara"

No comments:

Post a Comment

About This Blog

create by puffmoney**

Footer