Muhamad Nabi Junjungan
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci kota mekah
Hari yang mulia, penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah
Malam Isnin subuh yang indah
12 Rabiulawal yang cerah
20 April tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah
Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Terima putera yang utama
Muhammad nama di beri
Gelaran yang terpuji
Nikmat ilahi yang disyukuri
Terima kurniaan ilahi
Memantap Ukhwah, Memperkasa Ummah. Itulah tema Majlis Maulidur Rasul tahun ini. Sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 9 April 2010. Majlis telah bermula pada 7.30 pagi dan tamat pada 12.00 tengahari. Majlis dihadiri oleh pelajar pelajar, warga pengajar SKSB, Penceramah iaitu Tn HJ Mohd Nizam b Noh, serta AJK PIBG SKSB.




















